Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 51



Oleh kerana ini merupakan rencana bersifat kenegaraan. Kalam ini akan kutulis dalam bahasa ibunda Tanah ini iaitu Bahasa Melayu.

Sudah 51 Tahun takdir negara ini diserahkan kepada penduduknya sendiri. Tidak kepada negara lain, tidak kita serahkan haluan negara di atas angin maupun di bawah angin.

Titik penjajahan bermula dari Tahun 1511 yang kemudiannya berakhir secara rasmi pada tahun 1957 sewajarnya perlu dingati. Kemerdekaan yang disebabkan kemuafakatan antara masyarakat majmuk di Tanah Melayu perlu disemai untuk setiap warisan anak negara.


Ya, negara kita kini tidak lagi dijajah, tiada lagi Bendera Union Jack terpacak di sana sini dan nyanyian lagu "God Save The Queen" tidak lagi berkumandang di corok-corok Radio..

Akan tetapi benarkah kita merdeka?

Ada banyak pandangan, ada yang mengatakan kita belum bebas dari budaya Barat. Di era ini, mana yang bermanfaat sewajarnya kita contohi mana yang tidak seharusnya kita perangi habis-habisan.

Penjajahan secara imperial mungkin dilihat tidak releven lagi dalam dunia masa kini. Maka corak penjajahan telah berubah daripada penawanan negara kepada perang psikologi dan juga ekonomi.

Bagaimana kaedah psikologi yang ditanam ke atas negara-negara bekas jajahan mereka ini? Mereka mengugut, mereka menyindir, mereka menyelar bahawa kebebasan yang diberi akan memudaratkan kita. Kaedah psikologi yang
ditanak oleh penjahanam penjajah ini sangat berkesan. Kesannya seolah-olah jika dinding penjara dirobohkan, banduan-banduan didalamnya tidak akan sama sekali bergerak kerana di dalam otak mereka membayangkan tidak ada kehidupan di dalam nikmat kebebasan.

Itulah hakikat yang cuba diterapkan oleh penjajah-penjajah ini terhadap pembangunan dan penggunaan perisian komputer di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Kata mereka, "Kamu salah kami betul ,biar kami tunjukkan kamu jalan yang benar". "Jangan berkongsi banyak sangat nanti kamu rugi, simpan apa yang kamu tahu diam-diam. Rahsia itu cantik ".Diberi kita latihan percuma, bantuan pembelian komputer , diberi lambakan sijil, pujian, amal jariah dan sebagainya yang akhirnya memerangkap kita di dalam arus perniagaan mereka yang rakus.

Ramai yang lemas dan terus tenggelam tanpa timbul , ada yang terumbang-ambing , tetapi sebahagian kecil mula berani menongkah arus melawan penjajah-penjajah ini . Ibarat cili padi, walaupun kecil kesannya cukup kuat. Semoga usaha mereka yang mulia ini akan terus berjalan walaupun tekad menghadapi dugaan dan cabaran yang pelik-pelik.

Perjuangan menentang penjajahan tidak berhenti pada tahun 1957. Ia akan sentiasa diwarisi dari generasi ke generasi lain samada dalam bentuk peperangan minda, fizikal mahupun kalam.


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

11 comments:

kuc1n993m0k said...

penulisan yang bagus.

merdeka!

Hakim Mohd Nor said...

merdekakan alam siber kita.
satu topik yang segar dan menarik untuk diperhalusi.
tahniah caah kerana membuka dimensi yang baru dalam aspek kemerdekaan.

muhakim.blogspot.com

Anonymous said...

gile ah...
tabik2.

Anonymous said...

itu hakikatnya...
kita masih bergantung kepada mereka :)

the fourth avenue cafe said...

:)

Irwan said...

"Oleh kerana ini merupakan rencana bersifat kenegaraan. Kalam ini akan kutulis dalam bahasa ibunda Tanah ini iaitu Bahasa Melayu."
---Bahasa Malaysia daa.

~lalala~ said...

this is a touching n patriotic post of urs... does make me reflect meself jugak.. im not going to lie, i am definitely a victim of those.. penjajahan mental thingy.. gosh.. wth am i writing in english la!

anyways, slamat pose caah!

<~!@#> said...

@sysadmin

if Bahasa Malaysia is not Bahasa Melayu then Bahasa Melayu is not Bahasa Malaysia.

Omg a catch-22

P/S:Aku mmg fail skit babx2 nahu ni.

Tawel Sensei said...

Ini macam nak menentang penjajahan Microsoft aje! Merujuk kepada baris yang ni: "Jangan berkongsi banyak sangat nanti kamu rugi". Ni berkongsi dalam segi apa? Source code ka?

Tapi kalau pun bisnes yang kita buat tu asasnya adalah melibatkan F/OSS, ada limit juga perkongsian tu. Mana boleh dedah trade secret 100%.

Launchpad yang Canonical Ltd buat pun, adalah bersifat proprietary. "Kalau Launchpad pun nak dijadikan open source, agak perit la nak bayar gaji programmers yang susah payah develop Launchpad tu," begitulah lebih kurang kata Mark Shuttleworth.


P.S. Your comment system rocks more if you disable the captcha!

<~!@#> said...

meh tawel, bukan setakat launchpad, Sourceforge yang dah berkurun lama tu pun engine die adalah propitery. Tetapi adakah saya marah kat situ, takde. Setiap orang mempunyai hak untuk berkongsi atau tidak idea dan software masing-masing.

Tapi yang kita tidak suka,adalah sikap sesetengah orang yang secara terang-terang menghalang proses "sharing berlaku' . Umpama Iphone developers are not allowed to share their codes with community etc.[Citation needed dah lupa link dia mana].

Apa yang kita tidak suka ialah sikap mereka yang seperti raja. Semua perkara perlu mendapat penilaian mereka sedangkan itu adalah hak kita untuk memilih apa yang bagus apa yang buruk [in a software sense].

"Jangan berkongsi nanti kamu rugi" adalah fear/mindset yang cuba ditanam dalam kepala-kepala masyarakat kita. Idea pattern/Algorithm Pattern/sikap individualistik yang cuba ditanam supaya kurang kebergantungan kepada komunity dan banyak bergantung kepada persendirian.(Waa confirm cikgu BM aku pangkah ayat ni)

Owh kita tidak membincangkan isu trade secret atau agenda sesiapa.Tapi saya
hanya concern jika kita terperangkap dalam situasi yang dipanggil vendor lockup [bergantung kepada satu jenis vendor sahaja] apa akan terjadi jika vendor itu mati? Or drop support? Or jika kita mahu menambah feasibility ke atas software itu ?perlu permisi vendor? additional charge?

Dan adalah tidak wajar dan gila sama sekali untuk menaiktarafkan Operating System dan hardware komputer semata-mata hendak menggunakan software mereka yang terkini .[yang konfirm dah lokcup dan tak free].

Yeah demikianlah . But this is just a mere mortal expression yang run software "itu" dalam VM je most of the time

Anonymous said...

wakakaak~ comment ko yg bertarikh September 4, 2008 10:53 AM nih lebih dilihat rasional berbanding ngn topic utk blog ni. mcm baca esei spm. merdeka!